Jika korang seorang blogger baharu dan rasa kurang termotivasi, berikut adalah beberapa
motivasi ringan untuk menjaga semangat korang dalam menjalani rutin sebagai seorang blogger:
1. Blog Berjaya Pernah Jadi Pemula
Kejayaan bermula dengan langkah pertama. Rasanya semua blogger yang berjaya bermula dari bawah. Tiada blog yang hari ini berblog terus berjaya.
Sebelum berblog, korang pasti pernah terbaca blog yang mendapat banyak komen setiap posting, memiliki ribuan pembaca setiap hari dan menghasilkan pendapatan yang banyak. Biasanya, blog sebegitu memulakan perjalanan mereka dengan amat sederhana.
Sekiranya korang menemui blog yang terkenal, cuba lihat kandungannya pada tahun-tahun awal penubuhannya. Korang mungkin terkejut melihat bahawa awalnya tulisannya kurang menarik dan jarang mendapat komen.
Ini menunjukkan bahawa setiap blog yang berjaya pernah melalui peringkat awal yang sederhana. Jadi, jangan sedih jika tulisan pada masa ini belum sempurna. Teruslah menulis, dan seiring masa, korang bakal menjadi seorang blogger yang berjaya.
Trust the process!
2. Mulakan dengan Sesuatu yang Mudah
Kandungan berkualiti menjadi kunci kepada kejayaan blog. Walau bagaimanapun, menulis kandungan berkualiti memerlukan usaha dan pengalaman.
Sebenarnya korang tidak perlu menulis kandungan berkualiti tinggi sepanjang masa. Mulakan dengan menulis sesuatu yang mudah. Tetapi sekiranya korang rasa boleh menulis banyak artikel yang berkualiti itu lebih baik.
Nikmati proses menulis kerana seiring dengan masa dan pengalaman menulis, korang akan mampu menghasilkan kandungan berkualiti. Jadi, bagi blogger pemula, mulakan dengan menulis pengalaman korang kerana ianya lebih mudah.
Mungkin korang hanya mampu menulis 300 patah perkataan sahaja. Tetapi semakin konsisten korang update maka artikel lama korang boleh edit dengan menambah sehingga 500 ke 1000 perkataan.
3. Bermimpi Besar Memang Bagus, Tetapi Memerlukan Usaha
Tiada yang salah dengan bermimpi menjadi blogger yang berjaya, terkenal, dan berpendapatan. Namun, ingatlah bahawa bermimpi besar memerlukan usaha keras. Jangan hanya bermimpi tanpa mengambil tindakan sebenar.
Banyak blogger baharu yang hanya bermimpi tanpa bersusah payah atau mempelajari dunia blogging. Jika korang mempunyai impian besar, bersedia untuk bekerja lebih keras. Tiada jalan pintas ke arah kejayaan.
Korang boleh tengok sendiri blog SirapLimau.com setiap hari update 10-20 artikel. Tidak semua artikel yang dihasilkan mendapat views yang tinggi tetapi mereka konsisten menulis. Kita memang tak boleh follow untuk menulis artikel yang banyak macam tu.
Yang kita boleh buat ialah konsisten dalam menghasilkan artikel di blog.
4. Berhenti Meniru Blogger Lain dan Jadilah Diri Sendiri
Salah satu perkara terbaik dalam menjadi seorang blogger adalah mengenal diri sendiri. Menulis berdasarkan pengetahuan dan minat peribadi menjadikan korang lebih gembira dan autentik. Elakkan meniru gaya atau topik dari blogger lain.
Kita tidak perlu untuk paksa menulis topik yang bukan menjadi kesukaan. Sebagai contoh, ada blogger yang mungkin tidak suka menulis tentang dunia hiburan walaupun topik tersebut hangat dan senang viral.
Temukan keseronokan dalam mengekspresikan diri dan menjadi diri sendiri. Jadi, jadilah diri sendiri dan tulislah apa yang korang suka.
5. Catat Semua Pencapaian Anda
Manusia suka melihat perkembangan. Catat setiap pencapaian blog korang walaupun cuma sekecil-kecil pencapaian seperti peningkatan komen, pembaca, atau bilangan posting.
Dengan mencatat pencapaian, korang mempunyai motivasi untuk terus memperbaiki blog. Peningkatan tersebut akan buat korang terus bermotivasi untuk terus belajar tentang dunia blog.
Setiap pencapaian korang juga adalah sebagai tanda bahawa korang sudah berusaha sekeras ini. Hargai setiap titik peluh korang maka ianya akan menjadikan blogging semakin bermakna buat diri korang.
Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.