Manhaj Kitab

Cara Nak Tahu Kitab Yang Pernah Ditulis Tentang Rasulullah


Kali ini saya
ingin membawakan sebuah kitab bertajuk Mu’jam Ma Ullifa ‘An Rasulillah yang
ditulis oleh seorang penulis dari Syria yang digelar Sinbad manuskrip dan bapa manuskrip Arab, Salahuddin al-Munajjid (m. 2010 M).

Kitab ini berusaha
mengkatalogkan senarai tajuk kitab yang pernah ditulis berkenaan Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam,
sejak bermulanya zaman penulisan kitab dalam Islam
sehinggalah ke zaman penulis.

Sebab utama
penulis menyusun kitab ini adalah kerana setelah beliau melihat banyaknya kitab
yang sudah ditulis berkenaan baginda, namun tidak ada kitab khas yang
menyenaraikan nama-nama sekian banyak kitab yang sudah ditulis tersebut. Oleh
itu beliau cuba untuk menutup kelompangan ini dengan menghimpunkan tajuk-tajuk
kitab tersebut dalam satu kitab khas agar mudah dijadikan rujukan dan panduan
bagi para pengkaji.

Penulis
telah menghabiskan masa selama 3 tahun untuk menghasilkan kitab ini setelah
menyalin dan mengubah susunannya beberapa kali. Beliau berharap agar tidak ada
tajuk kitab yang tertinggal melainkan akan dimasukkan dalam kitab ini. Namun
beliau sedar tidak mungkin untuk mencapai matlamat itu meskipun keseluruhan
umur beliau telah dihabiskan untuk usaha ini kerana kitab yang ditulis tentang Rasulullah
sallahu ‘alaihi wasallam tidak terbilang banyaknya.

Kelebihan
kitab ini kerana kitab ini tidak hanya menyenaraikan kitab tentang sirah
baginda sahaja, bahkan segala kitab yang pernah ditulis dari segenap aspek tentang
baginda akan dimasukkan seperti kitab tentang kuda, pakaian dan capal milik
baginda, kitab sejarah Mekah dan Madinah, kitab tentang melihat baginda dalam
mimpi, kitab tentang ibadat dan zikir baginda, perubatan Nabi, kitab puji-pujian
terhadap baginda dan lain-lain.

Kitab ini
telah dibahagikan kepada 12 bahagian besar dan pada setiap bahagian pula
dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil.

Tajuk kitab
akan disusun mengikut susunan huruf abjad dan dinyatakan nama penulis dan tahun
kewafatan mereka.

Jika kitab
tersebut tidak sampai ke zaman kini mengikut kadar pengetahuan menulis, beliau
akan menyatakan nama kitab yang menjadi sumber maklumat tentang kitab tersebut.
Sekiranya kitab tersebut masih dalam bentuk manuskrip dan penulis tahu tempat letaknya
maka akan dinyatakan. Bagi kitab yang sudah diterbitkan maka akan disebut
tempat kitab tersebut diterbitkan bersama tahun terbitannya.

Penulis
tidak sekadar memuatkan kitab yang ditulis ulama silam malah turut memasukkan
hasil karya penulis zaman moden.

Kitab ini
boleh dimuat turun di sini.

Salahuddin al-Munajjid



 


Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top