حُبُّ
الْوَطَنِ مِنَ الإيَمانِ
“Cintakan negara sebahagian
daripada iman.”
Pandangan Ulama Tentang Hadis Ini
1 – Imam al-Saghani (w. 650 H) dalam al-Maudhu’at menilainya
sebagai palsu.
2 – Al-Hafiz al-Sakhawi (w. 902
H) dalam al-Maqasid al-Hasanah berkata: “Saya tidak menemuinya
(sumber asalnya).”
3 – Al-Hafiz al-Sayuthi (w. 911 H)
dalam al-Durar al-Muntathirah Fi al-Ahadith al-Musytahirah berkata: “Saya
tidak menemuinya.”
4 – Imam Mulla Ali al-Qari (w. 1014)
dalam al-Asrar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Maudhu’ah berkata: “Al-Zarkasyi
berkata: Saya tidak menemuinya. Al-Sayyid Mu’in al-Din berkata: Tidak sabit.
Dikatakan ia adalah ucapan sebahagian golongan salaf.”
5 – Syeikh Ahmad bin Abdul Karim al-Amiri (w.
1146 H) dalam al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith berkata: “Bukan
hadis.”
6 – Syeikh Muhammad al-Amir al-Kabir (w.
1228 H) dalam al-Nukhbah al-Bahiyyah Fi al-Ahadith al-Makzubah ‘Ala al-Khair
al-Bahiyyah berkata: “Tidak diketahui (sumber asalnya).”
7 – Syeikh Abdullah al-Siddiq
al-Ghumari (w. 1413 H) berkata: “Bukan hadis.” [Lihat: Mausu’ah
Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari (17/197)]
Kesimpulan
Hadis ini tidak temui sumber asalnya
oleh pakar-pakar hadis dan ia dinisbahkan kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi
wasallam secara dusta. Oleh itu ia tidak boleh diamalkan dan disebarkan
melainkan disertai penerangan bahawa ia adalah palsu.

Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.