Amalan
Pertama: Menunaikan Solat Dhuha
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ،
وَأَبِي ذَرٍّ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ اللهِ
تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَّهُ قَالَ:
“ابْنَ
آدَمَ ارْكَعْ لِي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ أَكْفِكَ آخِرَهُ.”
Diriwayatkan daripada Abu al-Darda’ dan Abu Zar, daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam daripada Allah (hadis qudsi), Allah berfirman:
“Wahai anak Adam, solatlah (semata-mata) untukKu 4 rakaat di awal
siang, Aku akan cukupkan bagimu (keperluan dan hajatmu) di akhir siangmu.”
Riwayat
al-Tirmizi (no. 475) dan beliau berkata: “Hadis hasan gharib.”
Amalan Kedua: Membaca لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ Sebanyak 100 Kali Setiap
Hari
عَن النَّبِي صلى الله
عَلَيْهِ وَسلم قَالَ: مَنْ قال: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ مِئَةَ مَرَّةٍ فِي
كلِّ يَومٍ؛ لمْ يُصِبْهُ فقْرٌ أَبداً.
Daripada Nabi sallahu
‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
“Sesiapa
yang mengucapkan لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ sebanyak
100 kali pada setiap hari, maka dia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya.”
Riwayat Ibnu
Abi al-Dunya dengan sanad yang daif.
قَالَ مَكْحُولٌ: ”
فَمَنْ قَالَ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ وَلاَ مَنْجَى مِنَ اللهِ
إِلاَّ إِلَيْهِ، كَشَفَ عَنْهُ سَبْعِينَ بَابًا مِنَ الضُّرِّ أَدْنَاهُنَّ
الفَقْرُ.”
Makhul (seorang tabi’in)
berkata:
“Sesiapa yang mengucapkan:
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ
إِلاَّ بِاللَّهِ وَلاَ مَنْجَى مِنَ اللهِ إِلاَّ إِلَيْهِ
Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah dan tiada
tempat berlindung daripada (kemurkaan) Allah melainkan (dengan berharap) kepada
(rahmat) Allah…
…maka dia akan dipelihara daripada 70 jenis keburukan dan
yang paling ringan sekali adalah kefakiran.
Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf (30447).
Amalan Ketiga:
Membaca Surah al-Waqi’ah Pada Setiap Malam
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
“مَنْ قَرَأَ سُورَةَ
الْوَاقِعَةِ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أَبَدًا.”
قَالَ: “وَقَدْ
أَمَرْتُ بَنَاتِي أَنْ يَقْرَأْنَهَا كُلَّ لَيْلَةٍ.”
Daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam maka dia
tidak akan ditimpa kefakiran untuk selama-lamanya.”
Ibnu Mas’ud berkata:
“Aku telah menyuruh anak perempuanku untuk membacanya pada setiap
malam.”
Riwayat Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah (no. 680) dengan
sanad yang daif.
Amalan Keempat:
Membaca Surah Yasin Pada Waktu Pagi
عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي
رَبَاحٍ، قَالَ: بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ:
“مَنْ قَرَأَ يس فِي
صَدْرِ النَّهَارِ، قُضِيَتْ حَوَائِجُهُ.”
Daripada ‘Atha’ bin Abi Rabah, beliau berkata: Telah sampai kepadaku
(khabar) bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang
membaca Yasin pada permulaan siang maka akan ditunaikan hajatnya.”
Riwayat al-Darimi (no. 3461) dengan
sanad yang daif.
Amalan Kelima: Membaca
Doa Bebas Hutang
Doa Pertama
عَنْ عَلِيٍّ أَنَّ
مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ: إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ مُكَاتَبَتِي فَأَعِنِّي،
قَالَ:
“أَلاَ
أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جبلٍ دَيْناً أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ،
قَالَ: قُلْ: اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي
بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ.”
Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu:
Seorang hamba mukatab (hamba yang dapat menebus dirinya jika dia
membayar sejumlah wang kepada tuannya) menemui beliau lalu berkata: “Aku
tidak mampu membayar wang tebusanku. Bantulah aku.”
Ali bin Abi Thalib berkata: “Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa
perkataan yang telah diajarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alahi wa sallam
kepadaku. Jika engkau mempunyai hutang setinggi gunung sekalipun Allah akan
membantu melunaskan hutang tersebut bagi kamu. Katakanlah:
اللَّهُمَّ اكْفِنِي
بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang
haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada
selain-Mu.”
Riwayat al-Termizi (no. 3563). Kata beliau: “Hadis ini hasan gharib.”
Doa Kedua
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
الخُدْرِيِّ قَالَ:
دَخَلَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم ذاتَ يَوْمٍ المَسْجِدَ فَإِذا هُوَ بِرَجُلٍ
مِنَ الأَنْصارِ يُقالُ لَهُ: أَبُو أُمامَةَ. فَقَالَ: “يا أَبا أُمامَةَ،
ما لِي أَراكَ جالِسًا فِي المَسْجِدِ فِي غَيْرِ وَقْتِ الصَّلاةِ”. قَالَ:
هُمُومٌ لَزِمَتْنِي وَدُيُونٌ يا رَسُولَ اللهِ. قَالَ: “أَفَلا أُعَلِّمُكَ
كَلامًا إِذَا أَنْتَ قُلْتَهُ أَذْهَبَ اللهُ عز وجل هَمَّكَ وَقَضَى عَنْكَ
دَيْنَكَ”. قَالَ: قُلْتُ: بَلَى يا رَسُولَ اللهِ. قَالَ: “قُلْ إِذَا
أَصْبَحْتَ وَإِذَا أَمْسَيْتَ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ
والحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ والكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبْنِ
والبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجالِ”.
قَالَ: فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَ اللهُ عز وجل هَمِّي، وَقَضَى عَنِّي دَيْنِي.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri radhiallahu ‘anhu,
beliau berkata:
“Suatu hari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam masuk ke dalam
masjid, tiba-tiba Baginda sollallahu alaihi wasallam terjumpa seorang Ansar
yang bernama Abu Umamah. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertanya: “Wahai
Abu Umamah, mengapa kamu duduk di masjid di luar waktu solat?”
Abu Umamah menjawab: “Kerana kebimbangan yang melanda hatiku dan
beban hutangku wahai Rasulullah”.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Mahukah
kamu aku ajarkan kepadamu beberapa bacaan, yang apabila kamu membacanya nescaya
Allah akan menghilangkan rasa gelisah dari dirimu dan melunaskan
hutang-hutangmu?”
Abu Umamah berkata: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.”
Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah di waktu pagi dan petang:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ
بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ
الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan-Mu daripada rasa dukacita
dan keluh kesah. Aku mohon perlindungan-Mu daripada lemah dan sifat malas. Aku
mohon perlindungan-Mu daripada perasaan takut dan bakhil. Aku mohon
perlindungan-Mu daripada beban hutang dan manusia-manusia yang menguasai
diriku.”
Abu Umamah berkata: “Kemudian aku melakukan perintah tadi, maka Allah
menghilangkan rasa gelisah dari diriku dan melunaskan hutang-hutangku.”
Riwayat Abu Daud (no. 1555) dengan sanad yang daif.
Amalan Keenam: Membaca
لا إِلهَ إِلا
الله، الْمَلِكُ، الْحَقُّ، الْمُبينُ Sebanyak 100 Kali
Setiap Hati
عَنْ عَلِىٍّ قَالَ: قَالَ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم:
“مَن قَال في كلِّ
يَوم مِائَةَ مَرَّةٍ: لا إِلهَ إِلا الله، الْمَلِكُ، الْحَقُّ، الْمُبينُ كَانَ لَهُ
أَمَانًا مِنَ الْفَقرِ، وَأُنسًا مِن وَحشَةِ الْقَبرِ، وَاستَجلَبَ الْغِنَى،
وَاستَقرَعَ بِهَا بَابَ الْجَنَّةِ.”
Daripada Ali, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Sesiapa yang membaca:
لا إِلهَ إِلا الله،
الْمَلِكُ، الْحَقُّ، الْمُبينُ
Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Benar lagi Maha Menjelaskan (segala sesuatu menurut
hakikat yang sebenarnya)…
…pada setiap hari sebanyak 100 kali, maka dia akan aman dari
kefakiran, rasa tenteram dari ketakutan dalam kubur, mendatangkan kekayaan dan
dia dapat mengetuk pintu syurga dengan berkat kalimah ini”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ (8/280), al-Khatib
al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (14/322) dan al-Rafi’e dalam Tarikh
Qazwin (4/65) dengan sanad yang daif. Dalam sanadnya ada perawi al-Fadl bin
Ghanim, dia adalah daif.
Amalan Ketujuh:
Membanyakkan Istighfar
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ:
“مَنْ لَزِمَ
الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ
هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ.”
Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang sentiasa melazimkan beristighfar, nescaya Allah akan
menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan juga kelepasan dari
setiap kesusahan, serta memberikannya rezeki dari sumber yang tidak
diduga-duga”.
Riwayat Abu Daud (no. 1518) dan Ibnu Majah (no. 3819) dengan sanad yang daif.
Amalan Kelapan:
Bersedekah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
“ما
مِن يَومٍ يُصْبِحُ العِبادُ فِيهِ، إلَّا مَلَكانِ يَنْزِلانِ، فيَقولُ
أحَدُهُما: اللَّهُمَّ أعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، ويقولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أعْطِ
مُمْسِكًا تَلَفًا.”
Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada hari yang dilalui oleh seorang hamba (manusia) itu melainkan
akan turun dua orang malaikat. Salah satunya berdoa: Ya Allah berikanlah
kepada orang yang bersedekah itu ganti (sedekahnya). Seorang malaikat lagi
berkata: Ya Allah, berikanlah kepada orang yang menahan sedekahnya itu
kemusnahan.”
Riwayat al-Bukhari
(no. 1442) dan Muslim (no. 1010) daripada hadis Abu Hurairah.
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:
“ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ.”
Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
“Tidak berkurang
harta dengan bersedekah (bahkan akan bertambah
keberkatan hartanya yang ada).”
Riwayat Muslim (no. 2588) dan
al-Tirmizi (no. 2029) daripada hadis Abu Hurairah.
Amalan Kesembilan:
Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa dan Menyambung Silaturahim
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
“مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُمَدَّ لَهُ فِي عُمْرِهِ، وَأَنْ
يُزَادَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، فَلْيَبَرَّ وَالِدَيْهِ، وَلْيَصِلْ رَحِمَهُ.”
Daripada Anas bin Malik, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang ingin untuk dipanjangkan umurnya dan ditambah
rezekinya maka berbuat baiklah terhadap ibu bapa dan sambunglah
silaturrahim.”
Riwayat
Ahmad (no. 13401). Sanadnya sahih
menurut al-Hafiz al-Busiri dalam kitab Ithaf al-Khiyarah al-Maharah.
Amalan
Kesembilan: Membanyakkan Selawat Ke Atas Nabi
عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ:
يَا رَسُولَ اللهِ، أَرَأَيْتَ إِنْ جَعَلْتُ صَلَاتِي كُلَّهَا عَلَيْكَ؟ قَالَ:
“إِذَنْ يَكْفِيَكَ اللهُ مَا أَهَمَّكَ مِنْ دُنْيَاكَ وَآخِرَتِكَ.”
Diriwayatkan
daripada Ubai bin Ka’ab bahawa beliau berkata:
“Ada seorang
lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapat tuan kalau saya gantikan seluruh
masa yang saya gunakan untuk berdoa dengan berselawat ke atas tuan?
Baginda
bersabda: Sekiranya begitu nescaya Allah akan memenuhi keperluan dunia dan
akhiratmu.”
Riwayat Ahmad (no. 21242). Al-Hafiz
Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari mengatakan sanadnya hasan.
Amalan
Kesepuluh: Membanyakkan Zikir سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ
عَنْ
عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، أن رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ:
“إِنَّ نَبِيَّ اللهِ نُوحًا
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا حَضَرَتْهُ الْوَفَاةُ قَالَ لِابْنِهِ:
إِنِّي قَاصٌّ عَلَيْكَ
الْوَصِيَّةَ: آمُرُكَ بِاثْنَتَيْنِ….. آمُرُكَ بِلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ…..
وَسُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، فَإِنَّهَا صَلَاةُ كُلِّ شَيْءٍ، وَبِهَا
يُرْزَقُ الْخَلْقُ…”
Daripada Abdullah bin ‘Amru, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Apabila nabi Allah, Nuh sallahu ‘alaihi wasallam hampir wafat beliau
berkata kepada anaknya: Aku akan menyampaikan kepada kamu wasiat: Aku
perintahkan kepadamu dua perkara….aku perintahkan kamu untuk membaca لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (Tiada Tuhan selain
Allah)….dan سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ kerana ia adalah doa
semua makhluk dan dengan sebabnya mereka diberi rezeki…”
Riwayat Ahmad (no. 6583). Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam al-Bidayah Wa al-Nihayah mengatakan
sanadnya sahih.
Amalan
Kesebelas: Membaca حَسْبِيَ
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ
الْعَظِيمِ Sebanyak 7 Kali Pada Waktu Pagi dan
Petang
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ،
قَالَ:
“مَنْ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ وَإِذَا أَمْسَى،
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ
الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، سَبْعَ مَرَّاتٍ، كَفَاهُ اللَّهُ مَا أَهَمَّهُ صادِقًا كانَ بِها أَوْ كاذِبًا.”
Daripada Abu al-Darda’
radiallahu ‘anhu, beliau berkata:
“Sesiapa yang
mengucapkan di waktu pagi dan petang:
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، عَلَيْهِ
تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia, aku bertawakal
kepadanya dan Dialah tuhan ‘Arasy yang agung…
…sebanyak 7 kali maka Allah
akan mencukupkan keperluannya, sama ada dia
benar-benar meyakini ucapan tersebut ataupun tidak.
Riwayat Abu Daud (no.
5081).
Amalan
Kedua Belas: Bertakwa Kepada Allah
عَنْ أَبِي ذَرٍّ؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
“إِنِّي لَأَعْرِفُ كَلِمَةً لَوْ أَخَذَ
النَّاسُ كُلُّهُمْ بِهَا، لَكَفَتْهُمْ” قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ،
أَيَّةُ آيَةٍ؟ قَالَ: وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا.”
Daripada Abu Zar, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Sesungguhnya aku akan mengajarkan satu kalimah. Kalaulah manusia
kesemuannya mengamalkannya nescaya akan mencukupilah bagi mereka (keperluan
dunia dan akhirat mereka).”
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah kalimah apakah itu?”
Baginda menjawab:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
“Sesiapa yang
bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar
(daripada kesusahan dunia dan akhirat).” (Surah al-Thalaq: Ayat 2)
Riwayat Ibnu Majah (no. 4220) dengan
sanad yang daif.
Keterangan:
Maksud takwa adalah takutkan Allah dengan melaksanakan
apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarang.
Amalan
Ketiga Belas: Melaksanakan Solat dan Menyuruh Ahli Keluarga Untuk Turut
Melaksanakannya
عَنْ رَجُلٍ مِنْ قُرَيْشٍ قَالَ:
“كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ عَلَيْهِ بَعْضُ الضِّيقِ فِي الرِّزْقِ أَمَرَ أَهْلَهُ
بِالصَّلَاةِ، ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ: وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ
وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَ.”
Diriwayatkan daripada seorang lelaki daripada bangsa Quraisy bahawa
beliau berkata:
“Apabila Nabi sallahu ‘alaihi wasallam ditimpa kesempitan rezekinya maka
baginda akan menyuruh ahli keluarganya untuk menunaikan solat. Kemudian baginda
akan membaca ayat ini:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ
عَلَيْهَ
Dan
perintahkanlah ahli keluargamu untuk mendirikan solat dan sabar dalam
melaksanankannya.” (Surah Taha:
Ayat 132)
Riwayat Abdul Razzaq al-San’ani dalam al-Musannaf
(no. 4744).
Amalan Keempat Belas: Bertawakal Kepada Allah Setelah Berusaha
عَنْ عُمَرَ بْنِ
الخَطَّابِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
“لَوْ أَنَّكُمْ
كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ
الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا.”
“Sekiranya
kamu semua benar-benar bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan memberikan
kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut keluar
pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali pada petang harinya dalam
keadaan kenyang.”
Riwayat al-Tirmizi (no. 2344) dan Ibnu
Majah (no. 4146). Kata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan
sahih.”
Firman Allah Ta’ala:
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى
ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
“Sesiapa yang
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.” (Surah al-Thalaq: Ayat 3)
Keterangan:
1 – Tawakal hendaklah didahului dengan
melakukan pelbagai usaha yang dapat membawa kepada hasil yang diingini. Hal ini
kerana burung juga memperolehi rezeki disebabkan oleh usahanya yang keluar
daripada sarangnya untuk mencari makanan di waktu pagi.
2 – Setelah berusaha maka
bertawakallah kepada Allah dengan menyerahkan semua urusan kepada Allah serta
meletakkan keyakinan hati bahawa Allahlah yang yang memberi kebaikan dan
rezeki. Kukuhkan juga keimanan bahawa tidak ada yang memberi, menghalang,
memudaratkan dan memberikan manfaat melainkan Allah.
Amalan Kelima Belas:
Menjauhi Dosa dan Maksiat
عَنْ ثَوْبَانَ، قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
“إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ
الرِّزْقَ للخَطِيئَة يَعْمَلُهَا.”
Daripada Thauban, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Sesungguhnya seseorang itu terhalang daripada mendapat rezeki disebabkan
oleh dosa yang dilakukannya.”
Riwayat Ibnu Majah (no. 90). Hadis ini dihasankan oleh al-Hafiz al-‘Iraqi sebagaimana yang
dinukilkan oleh muridnya, al-Hafiz al-Busiri dalam kitab Misbah al-Zujajah.
Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.