Sesungguhnya apabila hati manusia telah diterangi oleh cahaya iman, maka terdedahlah kepadanya hakikat sebenar dunia dan akhirat. Ekoran itu, dia nampak akhirat lebih hampir dan lebih baik dari dunia. Dia juga akan nampak kehinaan dunia dan kemusnahan segala keindahannya. Lantaran itu, dia akan sibuk dengan akhirat dan tidak memandang kepada dunia.
Diriwayatkan daripada Sayyidina Abdullah Mas’ud r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya apabila cahaya (yakin dan iman) telah masuk ke dalam sesuatu hati, maka hati itu menjadi luas, terang dan lapang”. Ada yang berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah bagi hati itu sesuatu tanda yang boleh dikenali dengannya” Baginda menjawab: “Ya. Tandanya ialah menjauhkan diri daripada (dunia yang merupakan) alam tipu daya, kembali ke alam kekal abadi, dan bersedia untuk menghadapi kematian sebelum kedatangannya”.
(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman”
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak
lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan
(yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang
bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan
bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;
(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman
yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada
kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang
tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi
hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab
yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia
itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi
orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia
ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
(Surah Al-Hadiid: ayat 20).
Sayyid Qutub Rahimahullah berkata:
“Apabila kehidupan dunia diukur dengan ukuran dunia dan ditimbang dengan neraca dunia, maka ia akan dilihat dan dirasakan sebagai satu kehidupan yang amat agung dan besar. Tetapi apabila diukur dengan ukuran akhirat dan ditimbang dengan neraca akhirat, maka ia akan kelihatan seperti mainan kanak-kanak kecil sahaja jika dibandingkan dengan kebesaran dan kesungguhan kehidupan akhirat, di mana berakhirnya kesudahan nasib manusia setelah berakhirnya hidup di dunia”.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
(Surah Al-Baqarah: ayat 96).
Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.