Apakah Maksud Niche Lifestyle?
Niche lifestyle ialah niche yang berkaitan dengan gaya hidup. Biasanya penulis yang memilih niche lifestyle menulis tentang kisah peribadi kehidupan mereka.
Blogger kebanyakkan memilih lifestyle sebagai niche utama kerana konten blog terdiri lebih daripada satu topik (niche).
Dalam erti kata lain, blog korang ialah ‘niche lifestyle’ sekiranya mempunyai ciri-ciri seperti :
- Kandungan blog mempunyai lebih dari satu niche.
- Konten blog mempunyai pelbagai jenis topik yang ditulis.
- Blog tidak dapat dikategorikan kepada satu niche.
- Menceritakan kehidupan, hobi dan pengalaman peribadi penulis.
There are no rules, and labels don’t matter. Just create the blog you want to see out in the world. Nobody need define your lifestyle blog other than you.” Monica at The Elgin Avenue.
Kenapa Blogger Memilih Niche Lifestyle?
1. Kandungan blog mempunyai lebih dari satu niche.
Ramai blogger memilih niche lifestyle kerana mereka menulis lebih dari satu niche. Misalnya, Blog Mamy Syu menulis beberapa topik seperti kekeluargaan, gaya hidup (pengalaman peribadi penulis), kesihatan, keagamaan dan banyak lagi.
Dan bisanya topik yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Sebagai contoh, Mamy Syu memberikan beberapa tips deko rumah berdasarkan barang yang dibeli sendiri di Shopee.
Selain itu juga, Mamy Syu juga kongsikan pengalaman tentang loghat Perak beliau.
Oleh sebab banyak perkara yang kita nak kongsikan di blog, akhirnya ramai yang memilih niche lifestyle sebagai niche blog yang utama.
2. Mudah nak dapatkan ilham menulis
Dalam erti kata lain, kalau boleh semua topik kita nak tulis di blog. Dalam kehidupan seharian kita, banyak perkara yang terjadi kan.
Hari ini malas masak, kita order foodpanda. Dapat ilham menulis tentang, ‘cara order makanan di FoodPanda’.
Anak meragam tak nak pergi sekolah, kita dapat ilham ‘cara pujuk anak supaya minat ke sekolah’.
Kita seterika baju, iron baju rosak kita order kat shoppe. Dapat idea ‘jenama iron paling murah 2023’.
Jadi apa sahaja yang terjadi dalam kehidupan harian kita merupakan ilham kepada blogger lifestyle.
Ke manapun kita pergi, idea tu dah ada. Cuma KEKANGAN MASA & RASA MALAS itu sahaja yang menjadi penghalang untuk menulis blog.
Idea Topik Untuk Niche Lifestyle
- Keibubapaaan & Kekeluargaan
- Travel
- Makanan & Resepi
- Dekorasi Rumah
- Kraftangan
- Kecantikan
- Kesihatan
- Fesyen & Mekap
- Review
- Teknologi
- Pembangunan diri
- Perhubungan
- Kewangan
- Pendidikan
- Budaya & Keagamaan
- Life Hacks
- Hiburan
Bagaimana cara menulis blog niche lifestyle?
1. Topik apa korang nak audience baca
Sebelum kita tulis topik yang orang suka baca, kita kena tahu apa topik yang kita suka tulis. Apabila kita suka topik tersebut, kita lebih enjoy menulis dan pembaca pun seronok nak baca konten blog kita.
Setiap blogger mempunyai lifestyle yang berbeza. Ada yang suka berkongsi tentang topik travel. Ada yang suka menulis tentang parenting.
Even blog aku Sii Nurul dikategorikan sebagai ‘lifestyle’ juga. Cuma aku lebih berfokus dengan konten berkenaan ‘kerja-kerja blog’ aku seperti tips-tips blogging, google adsense, trafik blog dan sebagainya.
Oleh sebab aku nak pembaca yang berminat dengan blogging dan kerjaya aku sebagai blogger sepenuh masa, aku bina Belajar Buat Blog untuk fokus sepenuhnya dengan niche panduan blog.
Sebagai contoh, setiap kali ingat tentang shaklee mesti teringat blog Atul Hamid, Vitamin Wawa, dan Ziana Eunos.
Nak cari cerita viral atau trending, cari saja Siakap Keli, DenaiHati, The Vocket dan lain-lain.
Secara ringkasnya, korang nak identiti blog korang dikenali sebagai apa?
2. Topik apa yang pembaca korang suka baca?
Apabila kita dah pilih topik apa yang kita suka, kita senang nak kenal pasti topik apa yang pembaca suka baca.
Cara nak tahu topik apa yang pembaca suka adalah melalui :
- Google Analytics
- Google Search Console
- Keywords blog yang paling banyak dicari
- Artikel yang popular
- Artikel yang banyak komen
- Artikel blog yang paling tinggi engagement
Tips Tambahan Untuk Niche Lifestyle
- Blog : https://www.belajarbuatblog.com/
- Instagram : https://www.instagram.com/belajarbuatblogdotcom
- Fb Page : https://www.facebook.com/Belajar-Buat-Blog-104045572364953
- Telegram : https://t.me/belajarbuatblogdotcom
Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.