Ilmu Hadith

Beza Antara Perawi Pendusta Dan Perawi Pemalsu Hadis



– Perawi pendusta
tidak memalsukan sanad dan matan hadis tetapi dia mencuri hadis [1] yang sedia
ada milik orang lain ataupun dia meriwayatkan hadis-hadis yang dipalsukan oleh
orang lain untuknya.

– Perawi pemalsu hadis
adalah lebih teruk keadaannya berbanding perawi pendusta. Begitu juga pemalsu
matan hadis lebih teruk daripada pemalsu sanad hadis kerana dia mencipta ucapan
yang tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam
berbanding pemalsu sanad hadis yang sekadar mencipta jalan periwayatan hadis.

– Setiap pemalsu hadis
adalah pendusta tetapi tidak lazim bahawa seorang pendusta itu adalah pemalsu
hadis.

_________________

 [1] Misalannya seorang perawi diketahui
bersendirian meriwayatkan hadis daripada seorang guru. Lalu datang pencuri
hadis mendakwa dia turut sama mendengar hadis dari guru tersebut. Atau seorang
pencuri hadis mendapati ada kitab hadis yang dijual di pasar. Lalu dia mendakwa
dia mendengar sendiri hadis daripada penulis kitab itu dan dia meriwayatkan
hadis melalui naskah kitab tersebut.

Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top