Fiqh

Hukum Jenazah Bayi Yang Gugur


 


Maksud bayi
yang gugur ialah bayi yang dilahirkan sebelum cukup enam bulan. Enam bulan
dianggap tempoh mengandung yang paling minimum.

Cara untuk
menguruskan jenazah bayi yang gugur berbeza mengikut keadaannya.

1- Bayi
yang terlihat tanda bahawa dia masih hidup
setelah dilahirkan seperti
bernafas, menangis dan bergerak. Kemudian dia meninggal dunia setelah itu.

Hukumnya: Jenazahnya perlu diuruskan sebagaimana
orang dewasa iaitu perlu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.

2 – Bayi
yang tidak terlihat tanda dia masih hidup
setelah dilahirkan yakni dia sudah
meninggal dunia sewaktu dilahirkan
. Terdapat perincian untuk jenazah bayi
seperti ini:

(a) Sekiranya
bayi itu telah sempurna rupa dan anggota badannya seperti manusia.

Hukumnya: Wajib untuk dimandikan, dikafankan
dan dikebumikan namun tidak boleh (haram) untuk disolatkan jenazahnya.
Ini adalah pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami.

Imam
al-Ramli pula berpendapat sekiranya bayi itu dilahirkan setelah enam bulan,
maka wajib menguruskannya seperti jenazah orang dewasa walaupun tidak sempurna rupa dan anggota badannya dan tidak terlihat
tanda dia masih hidup setelah dilahirkan.  Oleh itu jenazahnya perlu dimandikan, dikafankan,
disolatkan dan dikebumikan. Sekiranya bayi itu kurang enam bulan,
maka jenazahnya 
dimandikan, dikafankan, dikebumikan dan tidak boleh disolatkan.

Boleh
memilih sama ada untuk mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami atau Imam
al-Ramli.

(b) Bayi
itu belum membentuk rupa dan anggota badan manusia.

Hukumnya: Tidak perlu melakukan apa-apa
untuk jenazah bayi seperti ini namun sunat untuk membungkusnya dengan kain lalu
dikebumikan. Begitu juga boleh (harus) untuk memandikan jenazahnya.

Rujukan:

Ghayah al-Muna Syarah Safinah al-Naja karangan Syeikh Muhammad Ali Ba’athiyyah.

Zubdah
al-Fiqh al-Syafi’i karangan Syeikh Majid al-Hamawi.

Al-Taqrirat
al-Sadidah Fi al-Masail al-Mufidah karangan Habib Hasan al-Kaf.


Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top