Abu al-Darda’ radhiallahu ‘anhu berkata:
“Sesiapa yang banyak mengingati mati nescaya
kuranglah rasa seronoknya (dengan dunia) dan sedikitlah rasa dengkinya (dengan
orang lain).”
[Sumber:
Siyar A’lam al-Nubala’ oleh al-Zahabi]
_______________
Abu al-Darda’ atau nama sebenarnya ‘Uwaimir bin Zaid
bin Qais al-Ansari (ada khilaf panjang tentang nama beliau dan bapanya)
merupakan sahabat Nabi sallahu ‘alaihi wasallam. Beliau merupakan
seorang peniaga di Madinah sejak Nabi sallahu ‘alaihi wasallam belum menjadi
Rasul lagi. Dalam sebuah hadis mursal riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam
al-Ausath, Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Orang yang
bijak di kalangan umatku ialah ‘Uwaimir”. Mu’awiyah melantiknya menjadi
Qadhi di Damsyik dengan arahan daripada ‘Umar bin al-Khattab. Meninggal dunia
pada tahun 32 Hijrah ketika zaman khilafah ‘Uthman bin ‘Affan. Menurut pendapat
yang lain tahun 31 Hijrah. Kubur beliau terletak di Bab al-Saghir, Damsyik.
Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.