Topik

KEJAMNYA MANUSIA YANG MENGAMALKAN RIBA.


Piool.com – Tahukah anda kenapa Allah S.W.T. telah mengharamkan riba?
Riba adalah suatu penindasan yang membawa kepada perhambaan dan
akhirnya mengakibatkan kehancuran hidup seluruh manusia di dunia ini.

Anda inginkan buktinya?

Manusia diseluruh dunia telah ditipu oleh Bank dengan cara
mencetak wang “atas angin” iaitu tanpa cagaran emas kemudian memberikan
pinjaman wang tersebut dengan dikenakan riba / interest.

Untuk pengetahuan anda, jumlah keseluruhan duit kertas yang
berada didalam dunia ini (tahun 2016) ialah sebanyak USD 80 Trillion, tetapi
hutang seluruh negara didunia ini kepada bank ialah USD 152 Trillion (setelah
campur riba / interest). Jadi bagaimanakah negara-negara tersebut hendak
menbayar baki USD 72 Trillion tersebut?

Contohnya anda meminjam duit sebanyak RM10,000 dari Bank
maka anda akan dipaksa membayar sebanyak RM14,000. (INGAT!!! Bank hanya
mencetak RM10,000 sahaja dan bukannya RM14,000). Jadi dimanakah anda hendak
mencari baki RM4,000? Sebab baki RM4,000 tersebut tidak wujud.

Itulah perangkap yang sengaja dirancang oleh Bank. Sebab
itulah sesebuah negara boleh muflis kerana tidak dapat membayar semula hutangnya.

Akibatnya ramai manusia di bumi ini yang menderita
kemiskinan dan kelaparan. Semuanya adalah kerana manusia telah melanggar
perintah Allah S.W.T yang telah mengharamkan riba. Adakah manusia masih tidak
sedar lagi?

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
Dan juga (disebabkan)
mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan
(disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan
sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir
di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(An-Nisaa’: ayat 161).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Orang-orang yang
memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan
(Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah
menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa
yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia
berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada
Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka
itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

(Al-Baqarah : ayat 275). 



Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top