1 – Masyarakat Arab dahulu terkenal sebagai masyarakat
yang ummi (tidak membaca dan menulis). Tetapi mereka juga terkenal
sebagai masyarakat yang bijaksana dan mempunyai kekuatan dan kepantasan dari
segi hafalan. Perkara tersebut dapat dilihat dari segi kemampuan mereka
menghafal syair-syair, nasab keturunan dan sejarah hidup mereka.
2 – Para sahabat memberikan perhatian dan fokus
sepenuhnya untuk menulis al-Quran dan tidak selainnya.
3 – Nabi sallahu ‘alaihi wasallam melarang para
sahabat daripada menulis selain daripada al-Quran kerana bimbang berlaku campur
aduk antara al-Quran dengan hadis.
4 – Para sahabat yang mampu untuk menulis pun
mempunyai kekangan dari segi alatan menulis. Mereka hanya mampu menulis pada
batu, tulang, pelepah kurma, dan kulit haiwan. Itu pun hanya sedikit sahaja
yang mereka ada.
[علوم
الحديث أصيلها ومعاصرها – الأستاذ الدكتور محمد أبو الليث الخير آبادي]
Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.