Al-Mawardi berkata:
“Aku bersolat di belakang Abu al-Hasan
al-Qazwini. Aku melihat beliau memakai pakaian yang bersih dan indah. Terdetik
di dalam hatiku: Adakah berpakaian indah ini dianggap zuhud? Apabila selesai
memberi salam beliau berkata: Subahanallah, berpakaian indah tidak mengurangkan
kezuhudan.”
[Sumber: Siyar A’lam al-Nubala’ oleh
al-Zahabi]
__________________
Imam Abu al-Hasan Ali bin Umar bin Muhammad al-Qazwini
ialah seorang ulama mazhab al-Syafi’e di Baghdad. Beliau dilahirkan pada tahun
360 Hijrah. Salah seorang murid beliau ialah al-Khatib al-Baghdadi. Al-Khatib
al-Baghdadi berkata: “Kami menulis hadis daripadanya. Beliau merupakan
seorang yang zuhud dan hamba Allah yang soleh. Dipelajari daripadanya al-Quran
dan diriwayatkan daripadanya hadis. Beliau tidak keluar dari rumahnya melainkan
untuk solat.” Al-Subki dalam Thabaqat al-Syafi’eyyah al-Kubra
berkata: “Beliau salah seorang wali Allah yang dibukakan kepadanya
lintasan hati orang yang berbicara.” Al-Zahabi dalam Siyar A’lam
al-Nubala’ membawakan sebuah kisah daripada Ahmad bin Thalhah bin
al-Munaqqi bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam berpesan kepadanya
di dalam mimpi supaya menyampaikan salam kepada Abu al-Hasan al-Qazwini. Beliau
meninggal dunia pada tahun 442 Hijrah. Pada hari kematiannya seluruh Baghdad
ditutup dan orang ramai berkumpul untuk mengunjungi jenazahnya. Menurut
al-Khatib al-Baghdadi, beliau tidak pernah melihat kumpulan orang yang
mengunjungi jenazah yang lebih ramai daripada itu.
Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.