Sa’dun
al-Razi berkata:
“Aku
berada bersama Hatim al-Khurasani dan ketika itu beliau sedang berucap. Namun
sangat sedikit ucapannya.
Lalu
ditanya kepada beliau mengapa hanya sedikit ucapannya sedangkan ucapannya itu
sangat memberi manfaat kepada orang ramai.
Beliau
menjawab: Aku tidak suka untuk bercakap suatu perkataan melainkan setelah aku
sediakan jawapan untuknya di hadapan Allah. Jika Allah bertanya kepadaku:
Mengapa engkau berkata begitu? Aku mampu untuk menjawab: Wahai Tuhanku, aku
berkata begitu kerana alasan begini dan begitu.”
[Tarikh
Baghdad karangan al-Khatib al-Baghdadi]
___________________
Hatim al-Khurasani atau lebih dikenali sebagai
Hatim al-Ashom (الأَصَمّ). Beliau sangat masyhur sebagai seorang yang zuhud dan warak. Beliau
juga sangat bijak dalam memberi nasihat dan melontarkan kata-kata hikmah
tentang kezuhudan sehingga digelar Luqman umat ini (umat nabi Muhammad).
Gurunya yang terkenal ialah Syaqiq al-Balkhi.
Menurut
al-Hafiz al-Zahabi, beliau tidak ada meriwayatkan hadis Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam.
Beliau berasal dari Balkh, Afghanistan dan
pernah menziarahi Baghdad untuk bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal.
Dikatakan sebab beliau digelar al-Ashom (si
pekak) kerana pernah seorang wanita terkentut di hadapan beliau ketika ingin
bertanyakan soalan. Demi menjaga air muka wanita tersebut beliau pura-pura
tidak dengar dan meminta wanita itu menguatkan suaranya.
Beliau meninggal dunia pada tahun 237 Hijriah.
Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.