Himpunan Hadis Tidak Ada Asal

Status Hadis: Berakhlak Dengan Akhlak Allah


 

تَخَلَّقُوا بِأَخْلَاقِ
الله

 

Berakhlaklah dengan akhlak Allah.”

Siapa Yang Sebutkan Riwayat Ini?

Riwayat ini
disebutkan oleh beberapa orang ulama dalam kitab-kitab mereka. Antaranya:

1 – Imam
al-Ghazali dalam al-Maqsid al-Asna menisbahkannya kepada Nabi sallahu
‘alaihi wasallam
, akan tetapi dalam Ihya’ beliau tidak
menisbahkannya kepada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam.

2 – Al-Suhrawardi
dalam ‘Awarif al-Ma’arif. Beliau menyandarkannya kepada Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam.

3 – Ibnu
Abd al-‘Izz al-Hanafi dalam Syarah al-Aqidah al-Tahawiyyah
menyebutkannya dengan sighah tamridh
(يُرْوَى).

4 –
Al-Jurjani dalam al-Ta’rifat. Beliau tidak menisbahkan ucapan ini kepada
sesiapa.

5 –
Al-Munawi dalam al-Tauqif ‘Ala Muhimmat al-Ta’arif. Beliau juga tidak
menisbahkan ucapan ini kepada sesiapa.

Penilaian
Hadis

1 – Syeikh
Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari dalam ‘Awatif al-Latha’if Min Ahadith al-Ma’arif yang
mentakhrij hadis-hadis kitab ‘Awarif al-Ma’arif tidak memberi sebarang
komen berkenaan riwayat ini. Namun dalam kitab Ghunyah al-‘Arif Bi Takhrij
Ahadith ‘Awarif al-Ma’arif
yang merupakan ringkasan kepada ‘Awatif
al-Latha’if
mengatakan beliau tidak mendapati sumber riwayat ini.

2 – Ibnu Taimiyyah dalam Bayan Talbis al-Jahmiyyah berkata: “Ia tidak diketahui berasal daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam dalam mana-mana kitab hadis dan ia tidak diketahui di sisi mana-mana ahli ilmu, bahkan ia termasuk dalam kategori hadis palsu di sisi mereka.”

3 – Ibnu Qayyim
al-Jauziyyah dalam Madarij al-Salikin mengatakan ia adalah athar yang
batil. Dalam sebahagian cetakan Madarij al-Salikin menyebutkan ‘athar’
sahaja tanpa mengatakan ia batil. Mungkin kerana perbezaan manuskrip yang
dijadikan rujukan oleh pentahqiq kitab.

4 – Syeikh
Syu’aib al-Arnauth dan Syeikh Abdullah bin Abdul Muhsin al-Turki dalam tahqiq Syarah
al-Aqidah al-Tahawiyyah
menyatakan: “Tidak ketahui baginya asal dalam
mana-mana kitab sunnah. Disebutkannya oleh al-Sayuthi dalam Ta’yyid al-Haqiqah
al-‘Aliyyah dan beliau tidak menyandarkannya kepada sesiapa pun.”

4 – Syeikh ‘Athiyyah Saqr dalam Mausu’ah Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam berkata: “Tidak ada hadis daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam dengan lafaz ini.”

5 – Syeikh
Bassam Abdul Wahab al-Jabi dalam tahqiq al-Maqsid al-Asna turut
menyatakan bahawa beliau tidak menemui sumbernya.

Kesimpulan

Riwayat ini
boleh dianggap sebagai riwayat yang tidak ada asal baginya.


Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top