الْجَنَّةُ مُشْتَاقَةٌ اِلَى أَرْبَعَةِ نَفَرٍ:
تَالِى الْقُرْانِ، وَحَافِظِ اللِّسَانِ، وَمُطْعِمِ الْجِيْعَانِ، وَصَائِمٍ
فِى شَهْرِ رَمَضَانَ.
“Syurga merindukan empat golongan; Orang
yang membaca al-Quran, yang menjaga lisan, pemberi makan orang lapar, dan yang
berpuasa di bulan Ramadan.”
Ulasan:
1 – Riwayat ini disebutkan oleh al-Khubawi
dalam Durrah al-Nasihin (Majlis pertama: Kelebihan bulan Ramadan, hlm.
8, terbitan: Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah). Beliau menukilkan daripada
kitab Raunaq al-Majalis.
2 – Kitab Raunaq al-Majalis tersebut
telah disebutkan oleh Haji Khalifah dalam Kasyf al-Zunun (jil. 4, hlm.
264, terbitan: Muassasah al-Furqan). Menurut Haji Khalifah, pengarang kitab ini
adalah Abu Hafs Umar bin Abdullah/al-Hasan al-Naisaburi al-Samarqandi. Kitab
ini mempunyai 22 bab dan pada setiap bab mengandungi 10 buah hikayat atau
cerita. Menurut Isma’il Basya al-Baghdadi dalam Hadiyyah al-‘Arifin (jil
1, hlm. 793, terbitan: Muassasah al-Tarikh al-‘Arabi), Abu Hafs al-Samarqandi
ini meninggal dunia sekitar tahun 840 Hijrah.
3 – Menurut Dr Ahmad Lutfi dalam Nilai
Hadis Dalam Durrat al-Nasihin (hlm. 185, terbitan: Penerbit UKM), hadis ini
belum dapat dikesan perawinya. Selain itu, kitab Raunaq al-Majalis yang
menjadi rujukan al-Khubawi adalah kitab cerita/hikayat. Oleh kerana itu hadis
ini kemungkinan hanya buatan tukang cerita. Keempat-empat golongan yang dikatakan dalam hadis
ini sebagai dirindui oleh syurga adalah benar-benar termasuk ahli syurga,
tetapi apakah syurga itu merinduinya atau tidak, belum dapat dikesan hadis yang
mengisyaratkan ke arah ini. Hadis seperti ini lebih mendekati palsu.
4 – Oleh itu tidak harus disebarkan riwayat
ini dan dinisbahkan kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.

Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.