عُلَمَاءُ
أُمَّتِي كَأَنْبِيَاءِ بَنِي إِسْرَائِيلَ
“Ulama umatku seperti nabi-nabi
Bani Israel.”
Pendapat Ulama Tentang Hadis Ini
1 – Imam al-Zarkasyi dalam al-Tazkirah
Fi al-Ahadith al-Musytahirah berkata: “Tidak diketahui (sumber) asal baginya.”
2 – Imam Kamaluddin al-Damiri dalam al-Najm
al-Wahhaj Fi al-Minhaj berkata: “Tidak diketahui sumber asal keluarnya
dan tidak terdapat dalam kitab yang muktabar.”
3 – Imam Ibnu Muflih dalam al-Adab
al-Syar’iyyah berkata: “Aku tidak mendapati asalnya dan tidak disebutkan
dalam kitab-kitab masyhur yang dikenali dan ianya tidak sahih.”
4 – Al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Maqasid
al-Hasanah turut menukilkan daripada guru beliau, al-Hafiz Ibnu Hajar
al-Asqalani bahawa beliau berkata hadis ini tidak ada asal baginya.
5 – Al-Hafiz al-Sayuthi dalam al-Durar
al-Muntathirah berkata: “Tidak ada asal baginya.”
6 – Muhammad Darwish al-Hut dalam Asna
al-Mathalib berkata: “Palsu, tidak ada asal baginya sebagaimana yang
dikatakan oleh beberapa orang daripada kalangan huffaz. Ramai ulama menyebutkan
dalam kitab-kitab mereka kerana lalai terhadap apa yang disebutkan oleh para
huffaz.”
Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.