Takhrij Hadis Kitab Jawi

Takhrij Hadis Kitab Al-Durr al-Thamin oleh Syeikh Daud al-Fathani (Siri 2)


Syeikh Daud al-Fathani rahimahullah dalam kitab al-Durr al-Thamin (ms. 5, baris ke-8 dari bawah) menyebutkan
hadis:

كَانَ اللَّهُ وَلَا شَيْءَ مَعَهُ وَهُوَ الْآنَ
عَلَى مَا عَلَيْهِ كَانَ.

“Adalah
Allah maujud dan tiada ada sertanya itu suatu dan iaitu sekarang seperti barang
yang ada dahulu atasnya.”

Takhrij:

1 – Hadis dengan lafaz ini tidak ditemui dalam mana-mana kitab
hadis. Bahagian awal hadis tersebut
(كَانَ
اللَّهُ وَلَا شَيْءَ مَعَهُ
) diulas oleh
Syeikh Dr Salahuddin al-Idlibi dalam risalah beliau berkenaan hadis
كَانَ اللَّهُ وَلَا شَيْءَ غَيْرُهُ sebagaimana berikut:

“Saya
tidak temuinya dalam mana-mana jalur hadis tersebut. Tidak dalam Sahih
al-Bukhari dan tidak selainnya meskipun saya telah mentakhrijnya daripada lebih
20 buah sumber daripada sumber-sumber Sunnah Nabawiyyah.”

Menurut
beliau lagi, sesiapa yang menyandarkannya kepada Sahih al-Bukhari maka dia
telah keliru.

2 – Adapun
lafaz yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari, ada dua:

Pertama
(hadis no. 3191):

 كَانَ
اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ

“Allah wujud dan tidak ada sesuatu selainNya.”

Kedua (hadis no. 7418):

كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ
شَيْءٌ قَبْلَهُ

“Allah
wujud dan tidak ada sesuatu sebelumNya.”

3 – Ibnu Taimiyyah dalam Naqd
Maratib al-Ijma’
terkeliru apabila mengatakan al-Bukhari meriwayatkan hadis
ini dengan tiga lafaz:

a – كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ قَبْلَهُ

b – كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُه

c – كَانَ اللَّهُ وَلَا شَيْءَ مَعَهُ

Sedangkan al-Bukhari hanya meriwayatkan
dengan dua lafaz sahaja sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini.

4 – Bahagian kedua hadis tersebut iaitu وَهُوَ الْآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَانَ, menurut Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari, ia tidak ada dalam
mana-mana kitab hadis sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ibnu Taimiyyah. 
Menurut Mulla Ali al-Qari dalam al-Masnu’
Fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’
pula, ia adalah daripada kalam ahli sufi.


Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top