Ilmu Hadith

Tidak Menghukum Hadis Sebagai Palsu Dengan Alasan Diriwayatkan Oleh al-Baihaqi – Sudut Pandangan Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari


Kata Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari رحمه الله dalam tahqiq kitab Tanzih
al-Syari’ah al-Marfu’ah
(hlm. 193):
“Adapun tidak menghukum hadis sebagai
palsu kerana berpegang kepada (alasan) bahawa al-Baihaqi meriwayatkan hadis
tersebut dan beliau beriltizam untuk tidak meriwayatkan hadis yang beliau
ketahui bahawa ianya palsu, maka ini adalah metode al-Hafiz al-Sayuthi.
Beliau banyak menggunakan metode ini dalam
kitab al-Laali (al-Masnu’ah) dan dalam penulisan beliau yang lain dan ia adalah
metode yang tidak memadai di sisi pandangan yang tepat (untuk menafikan
kepalsuan hadis).
Pertamanya kerana al-Baihaqi meriwayatkan
dalam kitab-kitab beliau banyak hadis palsu yang sebahagiannya beliau ingatkan
akan kepalsuannya dan sebahagian yang lain beliau diamkan.
Keduanya kerana tidak layak bagi seorang
ahli hadis yang mahir tentang hal ehwal sanad dan perawi bahawa ketika dia
mendapati sebuah hadis yang mempunyai makna yang mungkar (rosak) atau dalam
sanadnya terdapat perawi yang dituduh (berdusta atau memalsukan hadis) atau
perawi yang memang pendusta, lalu dia hanya menghukum sebagai daif sahaja
kerana bertaklid kepada perbuatan dan sikap iltizam al-Baihaqi yang tidak akan
meriwayatkan hadis yang palsu.”

Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top