– Kitab al-Jami’ al-Saghir Min Hadith
al-Basyir al-Nazir adalah sebuah kitab yang menghimpunkan sekitar 10 ribu
hadis-hadis pendek. Hadis-hadis ini dipetik daripada kitab beliau yang lebih
besar iaitu Jam’u al-Jawami’ atau dikenali juga sebagai al-Jami’ al-Kabir.
Hadis-hadisnya disusun berdasarkan huruf abjad. Takhrij hadisnya
diletakkan dalam bentuk rumus seperti huruf خ untuk hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, م untuk hadis yang diriwayatkan oleh Muslim
dan lain-lain. Begitu juga statusnya diletakkan dalam bentuk rumus iaitu صح untuk hadis sahih, ح untuk hadis hasan dan ض untuk hadis daif. Beliau juga berjanji
untuk tidak memasukkan hadis yang diriwayatkan oleh perawi pendusta dan pemalsu
hadis.

– Kata
Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari رحمه الله dalam tahqiq kitab Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah (hlm.
202):

“Mungkin ini kerana beliau (Ibnu
‘Arraq) berpegang kepada apa yang disebutkan oleh al-Sayuthi dalam mukadimah
al-Jami’ al-Saghir bahawa beliau menjaga kitab ini daripada (dimasukkan) hadis
yang diriwayatkan secara bersendirian oleh pemalsu hadis dan pendusta. Ini
adalah tidak benar kerana beliau memasukkan di dalamnya hadis-hadis palsu yang
beliau sendiri menyebutkannya dalam Zail al-Laali (al-Masnu’ah) dan
menghukumnya sebagai palsu.”

– Syeikh Ahmad al-Siddiq al-Ghumari dalam
kitab al-Hanin Bi Wadha’ Hadith al-Anin (hlm. 45) menyenaraikan 13 buah
hadis yang dihukum palsu oleh al-Hafiz al-Sayuthi sendiri dalam Zail
al-Laali al-Masnu’ah lalu beliau masukkannya dalam kitab al-Jami’
al-Saghir. Begitu juga beliau mempunyai sebuah kitab yang khusus tentang hadis من قال أنا عالم فهو
جاهل (Sesiapa yang mengatakan ‘saya orang
alim’ maka dia sebenarnya jahil) dan menghukumnya sebagai palsu tetapi
dimasukkan juga dalam al-Jami’ al-Saghir. Bahkan ada hadis yang beliau
nukilkan kesepakatan ahli hadis akan kepalsuannya akan tetapi dimasukkan juga
dalam al-Jami’ al-Saghir, iaitu hadis: من
كثرت صلاته بالليل حسن وجهه بالنهار (Sesiapa yang banyak
solatnya di waktu malam maka eloklah wajahnya di waktu siang) dan hadis حب
الدنيا رأس كل خطيئة (Cintakan dunia adalah
ibu segala kejahatan).

Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.