Blog Tutorial

Tutorial Cara Design Header Blog Dengan Canva


tutorial-cara-design-header-blog-dengan-canva
Sebenarnya nak buat header blog ini tak susah mana pun. Korang yang tak pandai design pun boleh buat dengan Canva. 
Cuma yang kadang buat ianya jadi susah sebab kita tak tahu ukuran header untuk template blog yang kita pilih. 
Apabila kita dah tahu saiz header untuk template, memang senang saja nak buat. Kalau nak tahu bagaimana caranya korang boleh baca sampai habis.

Tutorial Cara Design Header Blog Dengan Canva

1. Cari Ukuran Header Blog

Pertama sekali sebelum korang design header blog, korang kena cari ukuran untuk header blog. Setiap blog mempunyai saiz header yang berbeza mengikut template blog.
Disebabkan itulah ada blog yang dah design header cantik tetapi bila upload kat template saiz tidak sesuai. Hal itu kerana korang custom saiz tidak mengikut saiz header template yang dah disediakan.
Sebelum korang upload template yang korang nak di blog, korang perlu tahu berapa ukuran untuk header tersebut. 
Cara nak tahu ukuran header blog senang sahaja :
  • Tekan Right Click 
  • Pilih Inspect

tutorial-cara-design-header-blog-dengan-canva

Korang boleh nampak saiz header tersebut. Sebagai contoh gambar di bawah, untuk template Newsflash, saiz header ialah 350 X 50.

tutorial-cara-design-header-blog-dengan-canva

2. Design header di Canva

  • Login akaun Canva korang. 
  • Klik ‘Create Design’ dan pilih ‘Custom Size’.

  • Masukkan saiz lebar dan tinggi 
  • Korang boleh mula design header mengikut kreativiti.

canva-design-header


Apabila dah puas hati dengan design korang. Download dalam bentuk PNG. Sekiranya korang gunakan Canva Pro, korang boleh pilih Transparent Background sebelum download.

remove-background
Sekiranya korang guna Free Canva, korang boleh gunakan Remove Background di → https://www.remove.bg/


3. Upload Design ‘Header’ 

  • Login Blogger → Pilih ‘Layout’.

  • Cari Logo / Header. Klik Edit.
layout blogger
  • Upload Image from Computer (Masukkan header korang)
  • Isi Blog Title & Blog Description.
  • Untuk Image Placement, korang pilih → Instead of title and description.
  • Kemudian klik Save.

4. View Header Mobile / Desktop

Dah upload bukan terus settle tau. Korang kena view dahulu header di mobile dan juga desktop okay atau tidak sebab paparan melalui handphone dan laptop korang tak sama. 
mobile and desktop

Kalau korang rasa cantik dah ukurannya. Tak perlulah adjust lagi saiz header tu. Senang sahaja yang design header blog di Canva. 


Tips Tambahan

Sebelum pilih template, korang kena tengok saiz header adakah itu saiz yang korang nak. Sekiranya korang berkenan dengan saiz header yang besar korang kena pilih template yang saiz headernya lagi lebar dan tinggi.

Lagi kecil saiz header lagi cepat blog korang loading.  Itu sahaja. Semoga tutorial ini bermanfaat buat semua.

Jangan lupa follow blog dan media sosial belajar buat blog untuk konten menarik berkenaan blog.


Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top