Tips blogging

12 Cara Meningkatkan Trafik dan Pengunjung Blog Anda


Hari ini aku ingin berkingsi dengan korang sedikit panduan tentang Cara Meningkatkan Trafik dan Pengunjung Blog Anda terutama sekali bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog. 
Bagi seorang blogger pemula, nak menarik minat pelawat untuk singgah ke blog kita pun susah kan? Tidak seperti blogger yang dah lama berkecimpung dengan blog. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa blogger yang terkenal sekarang juga bermula dengan “ZERO”
Begitu juga dengan blog ini. Dah masuk 2 tahun aku buat blog ini, sekarang dah capai 22000 pageviews walaupun tahun lalu cuma post 23 artikel sahaja. 
cara tingkatkan trafik blog dengan berkesan
Aku kongsikan hasil daripada apa yang telah dilakukan supaya dapat memberi inspirasi kepada blogger-blogger baru di luar sana agar tidak mudah berputus asa. 

Cara Untuk Meningkatkan Trafik Blog

Untuk pengetahuan para blogger baru di luar sana, sebenarnya terdapat banyak cara untuk menaikkan trafik blog. Mendapatkan tips dan teknik dari blogger lain juga tidaklah susah kerana ramai yang sudi berkongsi info berdasarkan pengalaman masing-masing.
Teringat ketika pertama kali menjadi blogger, pelbagai entri mengenai cara untuk meningkatkan trafik blog aku cari di Google. Seharian aku cuba mencari info untuk menaikkan blog dan membaca satu persatu tips yang ada.
Jangan terkejut, banyak cara yang telah aku dah cuba, ada yang berhasil dan ada juga yang tidak.

1. Kenali Diri dan Kelebihan Yang Ada

Mulakan dengan bertanya kepada diri sendiri, mengapa korang mahu menulis blog. Apa yang unik tentang diri korang? Mungkin pengalaman hidup, kepakaran profesional, atau hobi tertentu yang korang miliki.
Kemudian, kenal pasti apa yang membezakan diri korang dari orang lain. 
Sebagai contoh, ada orang menulis blog kerana dia suka menulis. Semua orang boleh menulis apa yang dia suka tetapi tidak semua orang menulis perkara yang sama. 
Ada orang suka bercerita tentang traveling, parenting, pengalaman hidup, kerjaya dan sebagainya. Pembaca singgah blog kita kerana nak mengenal siapa diri kita. 
Walaupun kita tidak perkenalkan diri kita secara umum, tetapi gaya penulisan serta kandungan artikel dalam blog akan menunjukkan identiti diri kita sebagai penulis. 

2. Tentukan Kategori Utama Blog Mengikut Kepakaran

Berdasarkan kelebihan yang telah dikenal pasti, tentukan topik utama blog korang atau lebih dikenali sebagai “niche” blog. 
Contohnya, jika korang seorang guru, boleh fokus pada pendidikan. Jika korang seorang yang suka bersukan, fokuslah pada topik kecergasan dan kesihatan.
Bagi yang tidak menfokuskan kepada sesuatu kepakaran boleh gabungkan beberapa topik yang diminati sebagai niche blog seperti topik ‘kecantikan dan kesihatan’. Jika korang suka konten peribadi boleh fokus dengan niche lifestyle. 

3. Tetapkan Fokus Blog Supaya Tidak Tersasar

Hindari keinginan untuk menulis tentang terlalu banyak topik yang tidak berkaitan kecuali memang dari mula konten korang memang rojak. Sebaik-baiknya fokus pada satu atau beberapa topik yang saling berkaitan untuk mengekalkan konsistensi dan identiti blog.
Sebagai contoh sekiranya blog tentang kesihatan, korang mungkin boleh merangkumi kategori seperti diet, senaman, dan kesejahteraan mental. Jangan campurkan dengan topik yang tidak berkaitan seperti politik atau teknologi kecuali ada kaitan dengan topik tersebut.

4. Kandungan Isi yang Berkualiti dan Relevan

Setiap artikel yang ditulis perlu mengandungi isi yang berkualiti dan relevan. Jangan hanya fokus pada tajuk yang menarik tetapi tidak menyampaikan maklumat yang berguna. Pembaca akan cepat bosan jika mereka merasa artikel tidak memberikan nilai tambah kepada mereka.
Menulis entri blog dengan isi yang berkualiti dan relevan adalah kunci untuk menarik pembaca dan memastikan bahawa mereka terus kembali ke blog anda untuk mendapatkan maklumat yang bermakna.

5. Gunakan Teknik SEO

Untuk tingkatkan kedudukan blog korang dalam hasil carian Google perlu menggunakan teknik SEO yang betul. Ini termasuklah menggunakan kata kunci yang relevan, penstrukturan artikel yang baik, dan penggunaan tag dan meta deskripsi yang sesuai. 
Ilmu SEO adalah penting, jadi belajarlah dari sumber-sumber yang dipercayai dan teruslah mengasah kemahiran korang supaya dapat menghasilkan artikel yang baik menurut Google.

6. Letak Internal Link Untuk Tingkatkan Lagi Blog Trafik

Sertakan pautan dalaman ke artikel lama yang berkaitan dengan topik semasa. Ini membantu meningkatkan trafik blog korang dan memastikan pembaca kekal lebih lama di blog. Walaupun mungkin memerlukan sedikit usaha untuk mencari dan menyertakan pautan ini, ia adalah satu langkah yang bernilai untuk menjaga minat pembaca.

7. Blogwalking Dengan Blogger Yang Lain

Blogwalking merujuk kepada tindakan melawat blog-blog lain dan memberi komen, berinteraksi dengan pemilik blog, serta meninggalkan jejak dalam komuniti blogosphere. Ia bukan sekadar mengunjungi blog-blog, tetapi juga berusaha untuk memahami, menyokong, dan menjalin hubungan dengan blogger yang lain.
Jalin hubungan dengan blogger lain dengan melakukan blogwalking secara konsisten. Tetapkan waktu secara berkala untuk melawat blog-blog lain. Ini boleh dilakukan setiap hari, beberapa kali seminggu, atau mengikut masa senggang korang. 

8. Share Link Entry Terbaru Di Media Sosial

Kebanyakkan cara ini blogger selalu abaikan. Kalau nak tahu dengan berkongsi pautan artikel terbaru blog di pelbagai platform media sosial adalah strategi yang baik untuk menarik lebih ramai pembaca dan meningkatkan trafik ke blog korang.
Laman website yang popular biasanya menggunakan cara ini dengan membuat pages atau group khas supaya followers mereka sentiasa tahu perkembangan artikel terbaru di blog.

9. Konsisten Menulis Artikel Asli

Konsistensi dalam menulis artikel asli sangat penting kerana ia bukan sahaja ini membantu untuk membina reputasi sebagai pakar dalam bidang tertentu, tetapi juga meningkatkan kredibiliti blog di mata pembaca dan enjin carian seperti Google.
Hasilkan karya yang asli walaupun sekadar bercerita tentang kehidupan peribadi korang.
Copy-paste atau menyalin sepenuhnya artikel dari sumber lain bukanlah strategi yang berkesan dalam jangka panjang. Ini bukan sahaja menyalahi etika penulisan, tetapi juga berisiko mempengaruhi pengiktirafan blog oleh enjin carian dan platform pengiklanan seperti Innity dan Adsense.

10. POV : Sudut Pandangan Pembaca

Menulis blog tidak semata-mata tentang memenuhi keinginan dan kehendak penulis, tetapi juga tentang memberikan nilai tambah kepada pembaca. Ini boleh berupa maklumat berguna, tips berguna, pandangan baru, atau pengalaman yang memotivasikan pembaca.
Mengambil kira perspektif pembaca adalah penting untuk menarik perhatian mereka dan memastikan konten blog kekal relevan dan bermanfaat.

11. Beri ‘Ilmu’ dan ‘Info’

Sebagai seorang penulis blog, tanggungjawab utama kita bukan hanya untuk menghibur pembaca, tetapi juga untuk memberikan pengetahuan dan informasi yang berguna. Dalam dunia yang penuh dengan maklumat, pembaca mencari konten yang tidak hanya menghibur tetapi juga memberi manfaat kepada mereka.
Sekiranya korang menulis artikel tentang panduan dan langkah-langkah, huraikan dengan jelas dan praktikal untuk menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat. Contohnya, jika artikel korang mengenai cara memulakan perniagaan kecil, sertakan panduan langkah demi langkah untuk membantu pembaca memulakan perniagaan mereka sendiri.
Sekiranya artikel korang melibatkan konsep atau teori yang kompleks, pastikan untuk menjelaskannya dengan jelas dan mudah difahami. Gunakan contoh-contoh atau analogi untuk membantu pembaca memahami konsep tersebut dengan lebih baik.
Atau korang menggunakan maklumat dari sumber lain, pastikan untuk menyertakan sumber tersebut dengan betul. Ini membantu pembaca untuk mendapatkan lebih banyak maklumat jika mereka ingin mengkaji topik tersebut dengan lebih mendalam.

12. Jangan Malas Menulis

Akhir sekali, teruskan menulis artikel dengan kerap. Jangan malas untuk menulis. Berapa ramai blogger yang mengeluh melihat pageviews blog tidak banyak tetapi menulis cuma sebulan sekali.
Memang betul terkadang kita kekurangan idea dan sebagainya. Tetapi perkara yang paling kuat sekali pengaruhnya dalam menulis blog ialah “perasaan malas” itu sendiri. 
Sifat malas ini bukanlah sesuatu yang permanent dan tidak dapat diubah. Perasaan malas dapat diatasi dengan disiplin dan kemahuan untuk mengubah kebiasaan. 
Cari cara untuk mengatasi sikap malas dengan membuat jadual, menetapkan matlamat atau melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan motivasi dalam menulis. 
Hasil selama 2 tahun berblog. Sekecil-kecil pencapaian pun namanya ‘pencapaian’ juga. 

Terdapat banyak sebab kenapa trafik blog ini slow berbanding blog utama aku siinurul.com. InsyaAllah aku akan kongsikan pada artikel yang akan datang. 
Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberikan infomasi yang berguna buat korang semua. All the best and keep writing!

Terimakasih telah membaca di Piool.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top